MMC batal pendaftaran dua doktor
KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia(MMC) menggugurkan dua doktor daripada senarai pendaftaran perubatan kerana kesalahan disiplin.
Presidennya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Dr Nusyirwan Mohd Syukur didapati bersalah mengaku sebagai lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedangkan beliau berkelulusan daripada Universiti Sumatera Utara, Indonesia.
Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung kes itu.
Dr Mohd Ismail yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Dr Zuabidah Zabidin pula didapati bersalah kerana membenarkan seseorang yang tidak berkelayakan untuk mengendali, merawat dan memberi racun berjadual kepada pesakit tanpa penyeliaan beliau atau pengamal yang berdaftar.
Dr Zuabidah tidak merayu terhadap keputusan itu.
Dr Mohd Ismail berkata, tujuh doktor lagi telah digantung perkhidmatan bagi tempoh antara tiga bulan dan dua tahun, manakala empat yang lain diberi amaran.
Kesalahan mereka termasuk melakukan kecuaian daripada segi amalan profesional dan mengeluarkan sijil perubatan kepada pekerja asing yang menggunakan dokumen palsu atau mengelirukan.
Dr Mohd Ismail berharap hukuman itu menjadi pengajaran kepada doktor lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Tahun lalu MMC menerima 87 aduan. - Bernama
Sumber: Berita Harian Online
em..doc macm ini pun ade ke?? penin kepale teman memikio kannye..tak profesional langsung dan beretika.. semua mahu untun..duit,duit,duit.. Dulu sebelum belajo dulu, mesti niat menyimpang dah..atau mata dah dikaburi ngan duit.. ish3..
Saya menasihatkan diri teman dan sbahat2 teman utk membetulkan niat didalm pembelajaran la ni utk menjadi seorag doktor yg beretika,berdisiplin, profesional dan bersimpati empati terhadap pesakit dan kerana mendapatkn keredhaan dari ALLAH.. perjalanan masih jauh lagi..
Pikio la sebelum bertindak..pikio pantas! hehe Teman pun lambat skit dlm bab2 mcm ni..
so papehal..jauhkan lah dari perkara yg buruk,diberikan kejayaan dan dimakbulkan segala doa2 kite oleh ALLAH dalam kita mencari keredhaannya..Insya ALLAH..
Sahabat2 yang lain pun same gak..betulkn niat seawal2nya..kalu dah rase menyimpang tu balik le ke laluan asal..lurus skit laluan tu..=)