Saturday 11 April 2009

Golf dan Ketagihan..eish2


dulu aku kate golf ni buhsan la ape la..tpi sejak aku join ko-k golf ni transformasi telah bermula..aku sudah sikit2 ketagih n suke utk bermain golf..ditambah pulak ngn zul sahabatku yg memg dah main golf ngn bapaknye..so dia pun ade ajar2 aku n kgkawan lain like acap n dauh utk bermain selain chip or en.rahimi mengajar kami.. so setiap petg aku,zul,acap n dauh or kadg2 aku n zul aje p la ke padang golf belkang usmKK tu utk bermain..haha pergi seawal mugkin semata2 untuk mendaptkan buggy.. bukannye ape,kalu berjalan penat oo.,n lubang pun mybe dapat main 2-3 lubang jer..xpuas ar..hehe so kena amik buggy..sewa buggy kalau nak tau satu lubang dalm rm2..hukhuk mahal gak la..tapi xpe ar..kepuasan punye pasal..kalu xbayar mcm mane maintanecekan buggy2 yg rosak tu..huhu

aku ni xdekla hebat sagt..tapi just main tuk suke2 je..lagipun aku ni suke bersukan...kalu boleh ape2 sukan pun aku nak main n nak merase..huhu org kate golf ni sukan org kaye2..tapi entah lah..bagi aku setiap sukan ade kebestanye tersendiri..bagi aku golf ni sukan yg kemas,bersih dan juge penuh dengan etika yg tersendiri.. cube bygkn kalu seorang player tu nak wat pukulan, semua org yg xwat pukulan or pemerhati kena senyap ketika player sedang membuat pukulan n bermacam2 lagi etika..huhu


kalu bole aku nak asah skil2 dalm pukulan so buley la jadik macm tiger wood ker..viajy singh ke..hehe harap2 gitula.. daptkan handicap ke..ahaks..


k la..aku nak tgok game masters ni kat espn jap..

Lame ku tidak update..

Maaflah rerakan or saesiape yg membace blog ini..sori coz dah begitu lame ku tidak update perkembagan terbaru or citer2 terbaru..sori sesgt..maklumlah.. baru2 ni sibuk ngn end-posting exam..so skg ni dah kurg bz skit..so boleh la update2 skit.. lagipun skg ni aku kt umah..balik rumah coz dah lame xjenguk family kt umah n nak tgok atuk aku kt kmpung sebelah rumah yg xbegitu sehat hendaknye..so aku pulang la..huhu..so sampi sini je..jap gi aku update mende baru pulak k..

Monday 16 March 2009

Apa Ini??

MMC batal pendaftaran dua doktor

KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia(MMC) menggugurkan dua doktor daripada senarai pendaftaran perubatan kerana kesalahan disiplin.

Presidennya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Dr Nusyirwan Mohd Syukur didapati bersalah mengaku sebagai lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedangkan beliau berkelulusan daripada Universiti Sumatera Utara, Indonesia.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata doktor berkenaan juga didapati bersalah menghilangkan diri daripada tempat bertugas dan membuat tuduhan palsu kononnya dipecat secara salah oleh majikan serta menuntut pampasan kewangan.


Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung kes itu.

Dr Mohd Ismail yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Dr Zuabidah Zabidin pula didapati bersalah kerana membenarkan seseorang yang tidak berkelayakan untuk mengendali, merawat dan memberi racun berjadual kepada pesakit tanpa penyeliaan beliau atau pengamal yang berdaftar.

Dr Zuabidah tidak merayu terhadap keputusan itu.

Dr Mohd Ismail berkata, tujuh doktor lagi telah digantung perkhidmatan bagi tempoh antara tiga bulan dan dua tahun, manakala empat yang lain diberi amaran.

Kesalahan mereka termasuk melakukan kecuaian daripada segi amalan profesional dan mengeluarkan sijil perubatan kepada pekerja asing yang menggunakan dokumen palsu atau mengelirukan.

Dr Mohd Ismail berharap hukuman itu menjadi pengajaran kepada doktor lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Tahun lalu MMC menerima 87 aduan. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online

Teman berkata :

em..doc macm ini pun ade ke?? penin kepale teman memikio kannye..tak profesional langsung dan beretika.. semua mahu untun..duit,duit,duit.. Dulu sebelum belajo dulu, mesti niat menyimpang dah..atau mata dah dikaburi ngan duit.. ish3..

Saya menasihatkan diri teman dan sbahat2 teman utk membetulkan niat didalm pembelajaran la ni utk menjadi seorag doktor yg beretika,berdisiplin, profesional dan bersimpati empati terhadap pesakit dan kerana mendapatkn keredhaan dari ALLAH.. perjalanan masih jauh lagi..

Pikio la sebelum bertindak..pikio pantas! hehe Teman pun lambat skit dlm bab2 mcm ni..
so papehal..jauhkan lah dari perkara yg buruk,diberikan kejayaan dan dimakbulkan segala doa2 kite oleh ALLAH dalam kita mencari keredhaannya..Insya ALLAH..

Sahabat2 yang lain pun same gak..betulkn niat seawal2nya..kalu dah rase menyimpang tu balik le ke laluan asal..lurus skit laluan tu..=)

Wednesday 11 March 2009

Photofunia.. best la..menarik gak..try la..

dalm melayari blog2 n webs yg menarik,aku terjumpa kat 1 website grafik for photo.. sagt BESH..u all boleh la try..hehe


amacm?? cun x?? hehe try la ngn gambar korang...
ini link da..klik di sini.

Sunday 8 March 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul~ Selawatlah Keatas Nabi Muhammad S.A.W

Pengertian :

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang

Peristiwa-peristiwa :

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Hukum Menyambut :

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
Maulidur Rasul :

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah

SELAWAT NABI




p/s-untuk maklumat lanjut sila klik sini.
bufday org laen sambut,bufday Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W mesti kite sambut. Semoga kite dirahmatiNya insya Allah..=)


Go Gunners n Try Again next time Datuk Lee Chong Wei


Tahniah Arsenal..3-0 mengalahkan Burnley dalam FA cup.. bermain di Stadium Emirates telah membuatkan peminat2 tempatan Arsenal gembira dengan jaringan oleh
  • Vela 24,
  • Eduardo 51,
  • Eboue 84
p/s- kekalkan kemenangan ini didlm champion League dan Premier League..


All England perseorangan..kita tewas lagik setelah datuk Lee Chong Wei gagal untuk menjinakkan Lin Dan dari China dengan 19-21, 1-21.. agak malang bagi kite kerana kali terakhir kite menjuari All England adalh melalui Hafiz Hashim pada 2003..=(

Walau bagaimanapun pada kali ini kesemua kejuaraan all england telah disapu bersih kelima-lima title oleh wakil China dengan : Wang Yihan dalam perseorangan wanita, He Hanbin n Yu Yang dalam bergu campuran, Zhang Yawen n Zhao Tingting dalam bergu wanita, dan bekas juara dunia bergu lelaki Cai Yun n Fu Haifeng dalm bergu lelaki.

China merupakn pasukan kedua selepas Denmark,1948 apabila memenangi kesemua title yg dipertandingkan.

p/s- semoga lee chong wei akan menjulang kejuaraan utk Malaysia di dalm perlawanan akan datang..insya Allah
sepatutnye pasukan negara kite mencontohi semangat kesukanan n kenegaraan wakil China supaye kite pun boley gah mcm dorang jugak..tak gitu?

Saturday 7 March 2009

Terengganu Kite~ Ke Laut wei...=)


p/s-next time kite gi lagi la wei..ajak reramai lagik..insya Allah..xoxo

Disengat Tebuan~

Aceli yg disengat bukan aku..tapi Ida bucukku..hehe sewaktu kenduri kahwin cik ana,katenye sedang dia nak duduk..tibe2 disengat tebuan kt punggungnye..hehe nak ketawe, kesian..tapi memg kesian la..bucukku di sengat...2 das plak tu..akan tetapi semua pakcik2 ida ketawe terbahak2 melihat telatah ida yg merengek manje..mybe merengek kat ibunye..huhu..aku dapt tau pun dari msg yg disampaikan..

kate pakciknye.."ade yg nak singgah la tu,xlame lagi dah.."
cik ana plak "ini adiah daripada cik ana"..


haha ketawe aku mendengarnye walaupun aku tidak berada ditempat kejadian (aku kat padang tgok rugby interyear ketika ini..
walau pape pun semoga cepat sembuh wahai idaku..=) jgn nagis2..katenye dia xjadik nak nagis coz telah diketawekan oleh uncle2nye..hehe


p/s-selamat pengantin baru kepada cik ana semoga bahgia ke akhir hayat...

Friday 6 March 2009

Pengembaraan Geng bermula.chapter 1: mencari HANTU~


Setelah kejadian melihat hantu oleh zul, so kami GENG (aku,zul,acap,dauh n odeng) maka kami dengn hati kering kontangnye,memberanikan diri utk misi Mencari Hantuuu~ hehe Obejktif utama-melihat hantu (kalau kalian ternampak hantu,sila angkat tangan n tunjukkan).. so kenderaan putih milik zul menjadi kenderaan kami..bermulalah pengembaraan itu..


1.membeli kudapan malam atau makanan sampingn kalu2 terjumpe hantu lapar..so persediaan utk memberikn hantu itu mkan percume..( di 7eleven)


2.bergerak mencari hantu disepanjang jalan n mencari jalan2 yg terkenal dengan tempt hantu lepak2 dikala malam..(tempat2 gelap,jambatan n etc)


3.sampi ditempat kejadian..dijambatn sungai kelantan..maka kami tunggu la.tunggu punye tuggu sampi xlarat..bau2 wangi pun xdapt hidu(kecuali kentut dauh)...batang idung hantu2 pun xnampak..penat je aku celupar2 supaye hantu menghadirkan diri..


4. tunggu lagik.....


5. dan tunggu lagik....


6. akhirnye...

7.alangkah terkejutnye apabila..segerombolan raksasa telah dtg k bumi dan...


8. bergaduh antara sendiri..


9.mengeluarkan api kat tgn..kuasa hebat...

10.wah..sgt gagah..
11.tumbuk sane,tendang sini..takot~..

12.tetapi, kami dengn kuase dewa, telah memanggil ultraman 3 (ade 3 ultraman sebenarnye) utk menolong kami.. akhirnye..raksase itu berjaye diapuskan dan ultraman pun pulang ke rumah untuk sambung balik tengok tv..

up..up..up..n...

13..n goooo~

14..akhirnye..kami pun selamat..penat la.. baring2 la kami di diatas jalan..seronuknye...

15.kepenatan ma...

16.dan akhirnye..objektif kami tidak tercapai..coz hantu2 tidak kelihatan.. tetapi kami kepenatan lompat melompat,makan2 n posing2 dgn camera..ahaks.. best~ Next time kite cari hantu kat padang golf pulak..hahah






Hepi Burfday Fye~

Minggu ni Ida bucuk balek umah..so aku bujang la minggu nik..heheh.. Hari khamis malam jumaat aktiviti mcm biase..bermain Futsal di Real 7 bersame rakan2..pergh dibuatnye aritu main selame 2jam sekaligus..penat seh..selalu sejam je..kalu sejam selalu kurang puas la..tapi bile maen 2jam ngn 3 team lagi..pancit la pulak..haha...tapi malm tu besT..dah lame xmaen rami2 macm tu..=)

Hari Jumaat malam sabtu,aku dijemput utk mghadiri majlis arijadi fye..awek sabahan zul..aku,odeng,acap n dauh antara jejake yg dijemput utk menghadiri majlis itu..so we all p la..Tempat kejadian adalh Restoran Cherita..best gak restoran ni rupenye..xpenah tau pun kewujudannye setelah p mjlis ni..mlm tu mkn chiken cop,puding kiwi,n kek ape kenamenye ntah..lupe la aku..tp sedap gak kek itu.. so disebelah pihak wanita yg datg adalh Jenet n Azmi, Esther n jugak Eleanor..so kami2 jela yg celeberet..hehe... sampi kul 1130 gak la lepak dari kul 9 mlm..mm.nway..

keknye ...


dan kami...


hepi bufday fye~...sweet 23

p/s-gambar2 laen leh la check kat http://pitt2020.fotopages.com/

9 bulan 10 hari~

minggu lepas,merupakn mingu kedua aku dlm posting OnG.posting killer orang kate..tapi yg serunuknye adalah kena conduct labour at least 5 case..so berduyun2 n berpusu2 la dak2 grup aku tuk memastikan case cukup..utk information u all, setiap student kena observe 5 n conduct 5.. 1st wik aku just tgok2 je..tau barng2 kat mne, tgok CTG,wat partogram n etc sebagai pengenalan la org ckap.. jadi bile dah observe 5,so dengan yakinnye minggu lepas aku pun 1st time le dapt conduct..nak dijadikan cerite..pada mulanya patient ni (akak jenab bukan name sebenar) telah menunjukkan dilatation cervix 4cm..so anggarn dlm 1jam lagik kena wat Vaginal Examination(v.e) tuk melihat samaada dah descent ke belum..akan tetapi belum sampai 1 jam (agak2 daLAM 35 min) akak jenab dah meraung2 kesakitan utk bersalin..pulak dah.. so.. kelam kabut aku panggil MO oncall n nurse ke dlm bilik itu..pada mulanye aku tengok je senior MO aku tu wat kije..pastu ayat dia berbunyi begini :

MO : xde student nk conduct ke??
Aku: errr..ade..ade....(sambil terpinge2)
MO: dah tu..watpe tercegat kat situ?

aku pun trus mencari apron.. n trus berdiri disamping MO...
dalm menanti mase yg sesuai utk aku conduct,aku memberikan semagt pada akak jenab utk meneran..

Aku:akak,teran kat bawah kak..curik napas skit pastu terannnn..dah nak nampak dah..terannnn. goooddd...
itulah ayat2 yg memberangsangkan dari aku..haha
Kuar saje kepala fetus,aku trus memegang leher baby itu menarik keluar..
kuar saje,bby tu di suction n menagis.aku diminte tuk qamat..so qamat la..macm bapak la pulak aku ni.. then clamp cord n potong cord..

MO:dah,pi angkt baby tu kt mak dia..
aku pun angkat ngn tangan yng menggeletar..haha
MO:awat mengeletar?? relax la..
Aku: 1st time doctor..haha
MO:hahah kelakaw la ko ni..xpela..dulu aku pun mcm ko jugak..
Fitri!ko kena blnje pizza ni..hehe(katanye dengan kuat)
Aku: huhu boleh doc..boley...

Dalam pada yg same aku lihat air mata seorang ibu berlinangan sambil memegang anaknye yg telah lahir..menangis kegembiraan n kesyukuran terhdap Ilahi.. aku berfikir,begini lah keadaan ibuku melahirkanku..sakit,tangis dan syukur..didlm hatinya hanya ada untuk mendidik menjadi insan berguna n berjaye..Rinduku kpdmu ibu..

Pada aritu, nasibku baik kerane dapt men-conduct sbyk 3 case delivery..so 2 more to go..hehe.. itupun sebab kawan aku,Duwe tido kepenatan katenye..so di kc aku conduct patient dia..huhu Thanks Duwe..

pastu,dlm kul 7 pgik aku balik bilik n then p mandi utk p ward round pulak..pergh..bz siot..mcm doctor dah..hehe tetapi pagi tu,nasib baik Dr.Adibah xdek...just Dr.Amer je..so ward round jadik sekejab je..yahooo. dlm kul 930 abeh da..

Then aku pun pulang kebilik dan trus tidooorrrrrr...zzzzzz...

p/s : ptg tu ade kelas,so mangun tuk ke kelas n malmnye hantar Ida bucuk pulang kerumah coz Kak Ana dia kawen..=)

Saturday 28 February 2009

Panas and Malas

malam ni aku rase panas even hujan turun..sebelum2 ni xujan pun tapi arini hujan la pulak..aku rase ujan turun xlebat pun (aku dengar rintik2 je).. nak kate aku xmandi aku dah mandi dah..tp still panas..huhu dalam mase yang same aku kena study gyne dalam mase 3weeks ni pastu study obs pulak..malas3..tp aku xleh malas2 lagik dah..tinggal 2 posting je lagik.. kedua2 posting adalah posting killer..arghhhhh..cuak ade,risau ade n macm2 la perasaan yang ade.. emm..bagi aku usaha kena ade n selebihnye aku berserah pada takdir..insya allah mudah2an.. this week aku nak cube conduct labour..insya allah dapt conduct satu pun cukup dah tuk setiap minggu.. so papehal.. i need to study harder even malas2..hahah =) change-p-it..

Baju diampaian tika mendung dan hujan turun

Kerana terlalu leka ngn internet, diriku alpa ngn kain2 yang aku jemur malam semalam..akibatnye hujan turun pun xsedar.. sedar2 bile dengo titisan air ujan kat bilik..hahah..so xguna la aku jemur semalam..baik aku jemur lepas ujan je.. betul x? lagipun sikap aku yg malas n suke tangguh2 slalu saje mnyebabkan mcm2 kerja bertimbun..eissh..bile nak berubah?? change-p-it.